All News

IP CLINIC KONGSI MAKLUMAT HARTA INTELEK

WhatsApp Image 2023 03 01 at 9.33.35 AM 3

UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan IP Clinic kepada penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) di foyer Pusat Konvensyen, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad berkata, IP Clinic diadakan bertujuan memberi ruang kepada penyelidik UUM untuk mendapatkan maklumat berkaitan harta intelek seperti hak cipta, paten, cap dagangan, rahsia perdagangan dan reka bentuk litar bersepadu.

“Sebelum ini, IP Clinic diadakan secara dalam talian tetapi pada kali ini, pihak ICC berhasrat untuk memberi khidmat nasihat berkaitan harta intelek kepada penyelidik UUM secara bersemuka.

“Kaedah ini berkesan dalam memberi pendedahan kepada penyelidik tentang kepentingan melindungi harta intelek yang dihasilkan sama ada melalui penyelidikan atau bukan penyelidikan,” ujarnya.

WhatsApp Image 2023 03 01 at 11.12.51 AM

Penyelidik, Prof. Madya Dr. Mohd Fitri Haris berkata, dia mendapat input berguna ketika mengikuti klinik tersebut terutamanya tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan terhadap karya seninya.

“Alhamdulilah, klinik ini memberi pendedahan kepada saya yang masih baharu tentang kepentingan melindungi harta intelek saya. Terima kasih ICC kerana menganjurkan IP Clinic ini,” kata pensyarah kanan dari Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu.

IP Clinic akan diadakan secara berkala di pusat pengajian bagi memberi peluang kepada penyelidik untuk bertanyakan tentang prosedur pemfailan dan tatacara penyediaan dokumen bersesuaian untuk pemfailan harta intelek, sekali gus memberi pemahaman tentang kepentingan harta intelek.