All News

PROGRAM OUTREACH SIGG DI SEKITAR KUCHING SARAWAK

Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah mengadakan program outreach dan promosi Sintok International Games And Gamification (SIGG 2023) di Kuching, Sarawak.

Program outreach ini telah diadakan pada 23-24 Mei 2023 bertempat di Kolej Komuniti, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph, Sekolah Menengah Teknik Sejingkat, Kompleks Kebajikan Laila Taib (PERYATIM) dan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FISCT), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kuching, Sarawak. Program outreach ini melibatkan 260 orang peserta yang merupakan pelajar, guru dan pensyarah dari institusi pendidikan tersebut.

Program outreach SIGG 2023 melibatkan tiga (3) orang fasilitator dari Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu Prof. Madya Gs. Dr. Ruzinoor Che Mat, Prof. Madya Ts. Dr. Juliana Aida Abu Bakar dan Encik Abd Hadi Abd Razak yang berkongsi ilmu tentang pembangunan gamifikasi dalam pembelajaran dan pengajaran pembangunan gamifikasi menggunakan ‘software’ Unity dan Visual Novelty.

Program outreach SIGG 2023 ini diadakan bagi memperkenalkan konsep pengajaran dan pembelajaran menggunakan gamifikasi dalam kalangan pelajar, guru dan pensyarah.

Di samping itu, program outreach ini memberi pendedahan kepada pelajar, guru dan pensyarah tentang prosedur untuk membangunkan gamifikasi dan mencetuskan kreativiti.

Pihak ICC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan komitmen yang tinggi dalam menjayakan program outreach ini terutamanaya Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Business Events Sarawak. Semoga kerjasama antara UUM dan Sarawak dapat diteruskan pada masa akan datang.

FotoJet 2