All News

BENGKEL GUNA LENS.ORG MUDAHKAN PENCARIAN PATEN

WhatsApp Image 2023 03 01 at 10.15.02 AM

UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) dan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) telah menganjurkan Bengkel ‘Patent Search’ kepada penyelidik Universiti Utara Malaysia.

Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, Bengkel ‘Patent Search’ itu bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik tentang carian paten dengan menggunakan laman sesawang Lens.Org.

“Laman sesawang ini digalakkan digunakan oleh pemohon geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) dan Prototype Research Grant Scheme (PRGS) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Carian paten ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keperluan dan kepentingan menghasilkan penyelidikan yang unik dan inovatif. Kita adakan bengkel ini secara ‘hands-on’ yang mana setiap peserta mempelajari ‘step-by-step’ tentang carian paten. Sesi soal jawab juga diadakan secara santai,” katanya.

Bengkel Patent Search yang diadakan secara dalam talian telah disertai 89 peserta terdiri daripada pelbagai bidang pengajian yang berminat mempelajari tentang carian paten.

Tambah Mohd Faizal, ini merupakan kali kedua ICC menganjurkan Bengkel Patent Search bersama RIMC kerana ia sangat penting dalam memberi panduan kepada pemohon geran penyelidikan di bawah KPT tentang carian paten sebelum kertas kerja penyelidikan disediakan.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Cheah Yong Kang dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan Dan Perbankan berkata, bengkel tersebut memberi manfaat tentang carian paten.

Menurutnya, agak sukar baginya yang pertama kali mengenali Lens.Org sekiranya bengkel seperti itu tidak diadakan.

“Terima kasih ICC dan RIMC atas penganjuran bengkel yang sangat berguna ini,” katanya.