All News

BENGKEL PATENT DRAFTING DEDAH TENTANG PROSEDUR SEDIA DOKUMEN PATEN

WhatsApp Image 2023 03 01 at 9.16.17 AM

UUM ONLINE: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan Bengkel Patent Drafting kepada penyelidik Universiti Utara Malaysia, baru-baru ini bertujuan memberi pendedahan kepada penyelidik tentang paten dan prosedur penyediaan dokumen paten.
Bengkel Patent Drafting Siri 1 itu diadakan secara ‘hands-on’ di mana setiap peserta mendapat bimbingan secara ‘one-to-one’ dengan fasilitator, Nursyuhada Mohd Shafawi iaitu Pengarah Eksekutif, Invenxer Sdn. Bhd.
Sepanjang bengkel, beliau memberi pendedahan tentang panduan carian paten, panduan penulisan tuntutan dan panduan penulisan dokumen paten kepada 30 peserta terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang.
WhatsApp Image 2023 03 01 at 9.16.17 AM 1

 

Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar berkata, bengkel ini pertama kali diadakan di UUM pada tahun ini dan dijadualkan akan ada beberapa siri lagi penyediaan dokumen paten memandangkan pemfailan paten adalah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Pelan Strategik ICC.
Sementara itu, peserta, Dr. Saadi Ahmad Kamaruddin dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif melihat bengkel tersebut sebagai satu platform pengisian yang bermakna kepada warga UUM kerana dapat memberi pendedahan dalam penyediaan dokumen paten.