Inovasi perlukan idea unik

Written by Super User. Posted in Newspaper Report

KUBANG PASU 26 Mac ? Inovasi yang dihasilkan oleh golongan muda pada masa kini perlu mempunyai idea unik dan berupaya menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara.
Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar berkata, untuk itu, inovasi yang ditampilkan perlu merangkumi unsur-unsur keberkesanan, relevan dan signifikan.
?Pendekatan yang diambil oleh mereka yang menghasilkannya hendaklah mengutamakan penyelesaian kreatif, penglibatan rakyat dan mempunyai nilai pengurusan yang tersendiri.
?Inovasi perlu mempunyai justifikasi yang jelas, berimpak tinggi, mempunyai nilai wang serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara,? katanya ketika berucap menutup National Innovation Competition Through Exhibition 2015 (Icompex 15) anjuran Politeknik Sultan Mu'adzam Shah (Polimas) di Jitra di sini hari ini.
Terdapat lapan kategori yang dipertandingkan dalam Icompex15 yang dianjurkan selama tiga hari bermula Selasa lalu.
Di samping penyertaan penuntut Polimas, pertandingan itu turut disertai beberapa penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), kolej kemahiran, kolej vokasional dan sekolah.
Menurut Mohlis, pertandingan inovasi itu yang dimulakan pada 2013 menyaksikan peningkatan penyertaan saban tahun.
?Pada tahun 2014 sebanyak 635 projek telah dipamer dan dipertan­dingkan. Bagi tahun ini pula, jumlah keseluruhan kumpulan adalah sebanyak 969 melibatkan 3,839 peserta,? jelasnya.
Kata beliau, jumlah peserta tersebut telah melayakkan pertandingan ini dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Records sebagai pertandi­ngan inovasi dengan penyertaan tertinggi di negara ini.
?Kejayaan penganjuran ini me­nunjukkan komitmen tinggi Polimas bersama Jabatan Pengajian Politeknik dalam membina pelajar berinovasi serta membantu menye­marakkan budaya inovasi dalam sistem pendidikan negara kita,? ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inovasi-perlukan-idea-unik-1.73971#sthash.J9KYUhfS.dpuf