Jadikan inovasi budaya harian

Written by Super User. Posted in Newspaper Report

KUANTAN 5 Nov. - Kakitangan awam perlu menjadikan inovasi sebagai satu budaya dalam melakukan tugasan harian agar sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih cepat dan cekap.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimi Abdul Manaf berkata, inovasi dalam perkhidmatan awam penting kerana ia menggalakkan daya saing dalam kala­ngan mereka.
?Kakitangan awam merupakan jentera penting dalam menjayakan setiap aspirasi kerajaan. Sehu­bungan itu adalah penting untuk kita mempergiatkan lagi usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan mereka,? katanya dalam Majlis Perasmian Minggu Inovasi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Dataran Teluk Chempedak di sini hari ini.
Yang hadir sama Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob.
Menurut Halimi, budaya inovasi menjadi agenda utama bagi menghasilkan perubahan berimpak besar kepada kerajaan menerusi program tranformasi dalam me­ningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Kata beliau, Usaha itu perlu disokong semua peringkat terutama pengurusan atasan bagi memastikan nilai kreativiti dan inovasi menjadi budaya kerja serta bukan bermusim atau untuk menyertai pertandingan semata-mata.
?Hal demikian kerana ada ketikanya pandangan atau idea daripada orang biasa mungkin boleh menjadi sesuatu yang luar biasa kepada agensi atau jabatan,? ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau berharap MPK dapat meneruskan pembudayaan inovasi dalam melaksanakan tugas harian dengan menampilkan lebih banyak pendekatan kreatif dan inovatif selaras visi transformasi perkhidmatan awam.
?Saya bangga dengan penca­paian MPK yang mendapat pengiktirafan di dalam negara dan di pe­ringkat antarabangsa,? katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pahang/jadikan-inovasi-budaya-harian-1.155013#sthash.Jm1uoLsY.dpuf