UUM ONLINE: Kejayaan penyelidik merangkul 9 emas pada Persidangan dan Expo Antarabangsa Ciptaan Institut Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2019 di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Johor menunjukkan UUM sebuah universiti yang relevan dengan industri.     UUM turut meraih satu Perak dan satu Gangsa daripada 12 produk penyelidikan yang dipertandingkan.     Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani menyifatkan kejayaan ini sebagai satu pencapaian yang luar biasa dan mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang telah mengharumkan nama UUM di persada nasional.     “Saya berbangga dengan kejayaan ini memandangkan kita bukan universiti penyelidikan.     “Semua tahu bahawa PECIPTA sangat berkait rapat dengan biologi, kimia, engineering, architecture dan kebanyakan produk kita social science based namun kita boleh berkarya dan merangkul banyak anugerah. Tahniah!     “Ini bermakna kita diterima di peringkat nasional sekali gus menunjukkan UUM universiti yang relevan dengan industri jadi, siapa kata social science tidak boleh naik?” luahnya dalam satu majlis meraikan kejayaan para penyelidik UUM.     Beliau turut melihat satu perkembangan positif memandangkan kebanyakan penyelidik terdiri di kalangan anak muda yang boleh pergi jauh.     “Saya berharap lebih banyak idea baru dapat dihasilkan pada tahun depan seterusnya mengekalkan kejayaan ini,” luahnya pada program anjuran Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UUM.     Sementara itu, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC) UUM, Prof. Dr. Razamin Ramli bersyukur dengan pencapaian ini sekali gus membuktikan produk yang direkacipta oleh para penyelidik UUM mampu bersaing dengan produk daripada universiti penyelidikan.     Ujarnya, penyertaan UUM kali ini membuktikan universiti sentiasa memberi sokongan penuh kepada para ahli akademik universiti ke arah penyelidikan yang berinovatif dan seterusnya menuju kepada aktiviti pengkomersilan.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search