AUDIT KUALITI MS ISO 9001:2015 PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN

UUM Online: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menerima kunjungan daripada juruaudit dalaman yang dilantik oleh Institut Pengurusan Kualiti Universiti Utara Malaysia pada 8 Ogos 2022 baru-baru ini.

Kehadiran juruaudit ini diketuai oleh Prof. Madya Dr Zuaini Ishak dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Shafinaz. Bersama-sama beliau ialah Prof. Madya Dr. Shri Dewi a/p Applanaidu dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Prof. Madya Dr Norhaslinda Zainal Abidin dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Cik Asmawiza Hussin dari Pusat Budaya dan Seni dan Puan Yati Arikah Mohd Yusoff dari Jabatan Canselori.

Kehadiran juruaudit telah disambut oleh Timbalan Pengarah ICC iaitu Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad dan ditemani oleh staf ICC.

Pengauditan kali ini memberi tumpuan kepada Pengurusan Harta Intelek yang melihat kepada carta alir permohonan dan prosedur permohonan untuk permohonan hak cipta dan paten. Juruaudit telah memberi teguran dan cadangan kepada ICC bagi tujuan penambahbaikan proses kerja permohonan harta intelek.

Proses pengauditan berakhir pada jam 12.30 tengahari dengan ucapan penutup oleh ketua juruaudit. Pihak ICC merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada juruaudit yang hadir. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada semua staf ICC yang telah memberikan komitmen untuk audit kali ini.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search