KERJASAMA STRATEGIK ANTARA ICC DAN UUMIS

UUM Online: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menerima kunjungan daripada Pengetua UUM International School (UUMIS) bagi membincangkan peluang kerjasama antara ICC dan UUMIS untuk meningkatkan kesedaran dan keterlihatan UUMIS di UUM dan seterusnya kepada komuniti di Kedah.

Perbincangan ini menjurus kepada hala tuju yang boleh dicapai bersama antara kedua-dua pihak bagi meningkatkan nilai dan peluang meneroka pasaran di daerah lain di negeri Kedah serta melihat kemajuan UUMIS di Melaka.

Kunjungan ini disambut oleh Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar dan Timbalan Pengarah ICC, Prof. Madya Dr. Ani Munirah serta Pegawai Tadbir ICC. UUMIS pula diwakili oleh Pengetua UUMIS iaitu Puan Nik Nazlin Mohammed Yusof dan wakil staf UUMIS.

Dalam kunjungan tersebut, ICC telah mempamerkan produk-produk yang dimiliki oleh UUM yang bermanfaat kepada UUMIS. Antaranya ialah produk Rev-O-Poly oleh Dr. Noradila Nordin dan produk Dyslexia oleh Prof. Madya Dr. Husniza Husni.

Pertemuan ini akan disusuli dengan lawatan ke Inkubator Dyslexia di Pusat Pengajian Pengkomputeran yang akan ditentukan kelak.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search