LAWATAN DAN PERBINCANGAN PELUANG PENGKOMERSIALAN BERSAMA CEO HELLOPIN GROUP SDN. BHD.

Satu sesi lawatan dan perbincangan peluang pengkomersialan telah diadakan oleh Pusat Inovasi & Pengkomersialan (ICC)            bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Hellopin Group Sdn. Bhd, Encik Rosyidan Ramli di Anjung Tamu UUM.

Sesi pada petang dimulakan dengan pengenalan kepada UUM oleh Pengurus Anjung Tamu, Hajah Rasidah Rodzi menerusi lawatan ringkas sebelum diteruskan kepada sesi perbincangan. Perbincangan bersama Pengarah ICC, Prof. Madya. Dr. Mohd Faizal Omar tersebut tertumpu kepada pembentangan produk-produk digital dan harta intelek milik universiti di bawah penyelidik, Prof. Madya Dr. Shahrul Azmi daripada Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) yang berpotensi untuk diketengahkan ke dalam pasaran. Hellopin Group Sdn Bhd, menerusi Encik Rosyidan menyatakan rasa teruja dan minat untuk menjalin kerjasama yang serius dengan pihak ICC bagi merialaisasikan idea-idea dalam sesi perbincangan tersebut.

“Saya merasakan produk-produk digital dan harta intelek yang terdapat di UUM ini cukup berpotensi untuk dipasarkan. Kami di pihak Hellopin Group Sdn Bhd sedia untuk bekerjasama dalam mencari pelabur-pelabur seterusnya menyediakan sumber seperti tenaga kerja dan pelanggan yang berpotensi kepada cadangan idea pengkomersialan yang dibentang”.

Sesi yang berlangsung selama dua jam itu turut dihadiri oleh Prof. Madya. Dr. Shahrul Azmi Mohd Yusof dan Encik Khairil Azfar Ahmad Zubir.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search