ICC IP TALK: HARTA INTELEK DALAM KEUSAHAWANAN

UUM Online: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah menganjurkan webinar dalam talian bertajuk ICC IP Talk: Harta Intelek dalam Keusahawanan pada  21 Jun 2022.

ICC IP Talk ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Dreven Capital IP Sdn Bhd. iaitu Puan Noorserra Arryecca Armat. ICC IP Talk ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan memberi perlindungan harta intelek kepada dalam keusahawanan. Ini termasuklah penerangan tentang hak-hak yang perlu diketahui oleh usahawan berkaitan harta intelek dalam pembangunan produk yang dihasilkan.  

“Puan Noorserra merupakan agen berdaftar untuk penyediaan dokumen paten yang mempunyai pengalaman selama sembilan (9) tahun dalam harta intelek. Beliau mempunyai ilmu yang sesuia untuk dikongsikan dengan peserta pada hari ini,” ujar Prof. Madya Dr. Ani Munirah Muhammad, Timbalan Pengarah ICC.

ICC IP Talk ini disertai oleh lebih 70 orang peserta terdiri daripada pelajar dan staf Universiti Utara Malaysia, staf Kolej Komuniti Bandar Darulaman, staf Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan staf Politeknik Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

“ICC IP Talk ini merupakan platform yang sesuai untuk menerangkan tentang kepentingan perlindungan harta intelek terhadap produk yang dihasilkan oleh usahawan ,”ujar Prof. Madya Dr. Ani Munirah Muhammad, Timbalan Pengarah ICC.

ICC mengharapkan supaya program seperti ICC IP Talk ini memberi pendedahan kepada komuniti UUM dan komuniti sekitar UUM tentang kepentingan melindungi produk perniagaan melalui pendaftaran harta intelek. Habis.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search