PERBINCANGAN STRATEGIK ANTARA ICC DAN AKADEMI STEM

UUM Online: Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Akademi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Universiti bagi membincangkan kerjasama antara ICC dan Akademi STEM bagi meningkatkan kesedaran dan keterlihatan STEM di UUM dan seterusnya kepada komuniti di Kedah.

Program yang dirancang ini melibatkan penganjuran kursus yang boleh dianjurkan bersama antara kedua-dua Pusat Tanggungjawab. Di samping itu, perbincangan juga menjurus kepada hala tuju yang boleh dicapai bersama antara kedua-dua pihak.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah ICC, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Faizal Omar manakala Akademi STEM diwakili oleh Pengarah Akademi STEM iaitu Dr. Azizi Abd Aziz.

“ICC mengemukakan tiga (3) inisiatif iaitu penubuhan CoE berkaitan Kedah Digital, merakyatkan STEM Kedah dan Tekno-Usahawan (SynTax) berkaitan STEM,” ujar Pengarah ICC ketika perbincangan tersebut.

Selain itu, turut dibincangkan adalah berkaitan penganjuran Sintok International Games and Gamification (SIGG) 2022 yang akan melibatkan murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah serta pelajar Universiti.

Kerjasama antara kedua-dua pihak ini diharapkan dapat mengukuhkan pelaksanaan STEM di negeri Kedah dan seterusnya menyediakan platform yang strategic kepada masyarakat dalam membudayakan STEM.

Hadir sama, Timbalan Pengarah ICC iaitu Prof. Madya Dr. Ani Munirah Mohamad, pegawai ICC iaitu Dr. Khofizhoah Mohd Karim dan Encik Khairil Azfar Ahmad Zubir. Habis.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search