KURSUS ASAS MICROSOFT EXCEL ANJURAN ICC

UUM Online:  Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Universiti Utara Malaysia telah menganjurkan Kursus Asas Microsoft Excel pada 31 Mei 2022 yang lalu.

Kursus yang berlangsung telah disampaikan oleh Dr. Mohd Aamir Adeeb Abdul Rahim, Pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, UUM CAS.  Kursus ini bertujuan untuk menyediakan kemahiran dan pengetahuan tentang perisian Microsoft Excel yang akan membolehkan peserta meningkatkan kecekapan dan juga memudahkan tugasan harian peserta.

Kursus ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan dikalangan staf akademik dan juga pentadbiran.  Peserta kursus turut memanfaatkan sesi latihan dan soal jawab bersama penceramah dengan mengutarakan soalan dan berkongsi bentuk permasalahan dari perisian tersebut.

Secara keseluruhannya dalam kursus ini para peserta dapat mempelajari secara meluas mengenai fungsi, formula dan ciri-ciri asas Microsoft Excel.

Connect with us

Innovation and Commercialisation Centre (ICC)

Universiti Utara Malaysia

06010 Sintok

Kedah, Malaysia

 

Tel: +604-928 8751/8755

E-mail: inovasi@uum.edu.my

Search