• bannerICC2




  • bannersocial
  • bannerbusiness




  • bannereducation




  • banneradmin




PROJEK PENYELIDIK UUM DIIKTIRAF ANTARA ENAM TERBAIK PADA ICKT'15

4

UUM ONLINE: Satu-satunya projek penyelidikan dalam bidang bukan sains tulen di bawah Geran Program Pemindahan Ilmu (KTP) yang dihasilkan penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) bertajuk 'Literacy For Life: Creating Educational TV Programmes Through The Affective Way' telah diiktiraf sebagai salah satu daripada enam projek terbaik pada Persidangan Antarabangsa Program Pemindahan Ilmu (ICKT'15) di Hotel Marriot, Putrajaya yang berlangsung selama tiga hari mulai 1 Disember.

Projek tersebut diketuai Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) bersama Dr. Sarimah Shaik Abdullah (SEML); Dr. Husniza Husni dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SoC) dan Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC).

Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim berkata, UUM mencatat sejarah itu atas kecemerlangan impak projek bernilai hampir RM140,000 tersebut kepada komuniti di bawah projek pemindahan ilmu pembiayaan Geran KTP yang turut melibatkan komuniti daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Menurutnya, seramai lapan modal insan (graduate intern/GI) telah berjaya dibentuk hasil daripada projek itu yang merupakan projek KTP pusingan kedua (Rolling 2).

"Projek komuniti ini telah melihatkan pemindahan ilmu rakaman dan penyiaran daripada BTP kepada GI dan pemindahan ilmu berkenaan rubrik serta panduan berasaskan mediasi afektif bagi membantu menyediakan program pendidikan berkesan daripada akademia kepada BTP.

"Impaknya bukan sahaja dirasai oleh BTP tetapi juga masyarakat luar khususnya pendidik dan pelajar yang terlibat secara langsung dalam proses intervensi dan rakaman serta seluruh pendidik dan pelajar yang menonton rancangan pendidikan yang terhasil daripada projek ini secara ripple effect", katanya.

Tambah beliau, pengalaman yang diterima sebagai akademia dan juga pelajar sebagai GI itu diharap dapat menyemarakkan lagi semangat untuk terus menyumbang kepada pembangunan pendidikan di negara ini.
Ujarnya, pembiayaan Geran KTP itu secara tidak langsung telah menggalakkan pemindahan ilmu yang dijana di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kepada sasaran komuniti dan industri bagi memperkukuhkan ilmu masyarakat awam.

Sementara itu, wakil BTP yang juga Penerbit Rancangan, Suras a/l Kanagasabai melahirkan rasa puas hati akan kerjasama yang terjalin antara UUM dan BTP menerusi projek itu.

"Kita menerima sambutan dan komen yang menggalakkan daripada penonton melalui hasil projek ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan lagi dan program pendidikan berkualiti yang berasaskan penyelidikan dapat terus dihasilkan," ujarnya.

Program Pemindahan Ilmu di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) merupakan salah satu usaha Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memindahkan ilmu pengetahuan dari IPTA kepada pihak industri dan komuniti. Program ini bermula pada tahun 2011 (Fasa 1).

Penubuhan KTP adalah berdasarkan Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri/Komuniti yang digubal untuk menggalakkan penglibatan dan kerjasama erat antara pihak akademia dan pihak industri/komuniti. Salah satu pelan pengukuhan yang telah digariskan adalah Program Pemindahan Pengetahuan Kepada Komuniti dan Industri (Knowledge Transfer Program for Community and Industry).

Program KTP adalah bagi mengiktiraf aktiviti kerjasama melalui pemindahan idea, hasil penyelidikan, kemahiran serta pengalaman antara universiti kepada industri dan komuniti.

Majlis perasmian persidangan itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir yang mewakili Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Event Calendar

Online Services


stafmail1myuum1searchpeople1servicedesk1

onlinepayment1mybox1mylab1umis1

learningzone1onlineiso1onlinestatistic1webopac1

Information for...


infostaffinfostudentinfovisitor

Locate Us

          map

Get In Touch

2015 annual civil icon

 Innovation & Commercialization Centre,
 Universiti Utara Malaysia,
 06010 Sintok, Kedah, Malaysia.

phone icon  +(6)04-928 8751
fax icon  +(6)04-928 8752
email  inovasi@uum.edu.my