• bannerICC2




  • bannersocial
  • bannerbusiness




  • bannereducation




  • banneradmin




Jurnal Hisbah Refleksi Al-Nafs Khazanah Ketamadunan Islam

image004

UUM ONLINE: Dalam usaha ke arah melahirkan kesedaran berakhlak, penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Mardzelah Makhsin telah menghasilkan sebuah jurnal atau diari Hisbah Refleksi Al-Nafs melalui beberapa kajian di peringkat sarjana, Doktor Falsafah (PhD) yang dijalankan bagi mengenal pasti hisbah sebagai sistem kawalan tingkah laku berdasarkan prinsip al-Mizan iaitu perhitungan di hari pembalasan dengan buku catatan amalan kehidupan.
Dr. Mardzelah berkata, Hisbah Refleksi Al-Nafs adalah usaha ke arah menyelesaikan masalah global dari aspek pendidikan, psikologi dan sosial. Justeru aplikasi jurnal hisbah refleksi al-nafs sebagai buku catatan amalan kebaikan atau keburukan bertujuan mendidik diri dengan kepatuhan ?al-amr bi al-ma'ruf wa al-nahy an al-munkar? (menyeru kepada kebaikan dan melarang kemungkaran atau kemaksiatan) yang menjadi panduan dalam syariat Islam.

Menurutnya, pengaplikasian hisbah dalam konteks kajian itu adalah sebagai proses kawalan berakhlak yang melibatkan aspek dalaman dan luaran.

"Kawalan berbentuk dalaman bermakna kuasa bertindak muncul dari dalam diri sendiri yang dikenali sebagai hisbah kendiri yang terdiri daripada enam komponen iaitu perjanjian hati (musyaratah), pemerhatian tingkah laku (muraqabah), perhitungan amalan (muhasabah), peneguhan rohani (mu'aqabah), penentangan nafsu (mujahadah) dan penyesalan jiwa (mu'atabah).

"Manakala kawalan luaran terdiri daripada faktor sosial seperti ibu bapa, guru, rakan sebaya, persekitaran masyarakat dan sekolah. Kesepaduan dan hubungkait antara kawalan dalaman dan luaran amat penting dalam usaha mewujudkan kawalan akhlak yang menyeluruh dalam sistem Pendidikan Islam.

"Ini sejajar dengan peranan hisbah kendiri dalam mengawasi kelemahan dan kekurangan manusia yang sering alpa terhadap pengawasan diri sendiri dan menginsafi tentang wujudnya perhitungan pembalasan Allah S.W.T di akhirat kelak," ujar beliau.

Menurut pensyarah Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) itu, kajian tentang hisbah sudah bermula sejak 2000 dalam bidang pengurusan Islam diikuti pada 2008, kajian tentang hisbah diperluaskan dalam bidang pendidikan sehingga kajian PhD beliau dipilih antara penerima Anugerah Tesis Terbaik Peringkat PhD dari Yayasan Nurul Yaqeen pada 2013.

Tambahnya lagi, hasil kajian hisbah juga telah berjaya diketengahkan menerusi beberapa pertandingan inovasi dengan anugerah emas, antaranya pencapaian Gold Award dalam Persidangan Antarabangsa dan Pameran Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2015.

"Penganugerahan Inovasi Hisbah adalah penghasilan kajian yang bertujuan sebagai metodologi dakwah dalam memberi penjelasan tentang konsep baik dan buruk menurut syariat Islam. Ini kerana Islam adalah cara hidup yang terbaik dalam menyediakan garis panduan untuk persediaan menghadapi hari perhitungan yang sebenar.

"Justeru, saya bersama ahli penyelidik, Dr. Nurulwahida Azid@Aziz dan Mohamad Fadhli Ilias berusaha menghasilkan inovasi Hisbah Refleksi Al-Nafs sebagai buku catatan amalan kerohanian dalam bentuk jurnal, dan akan membangunkan satu aplikasi dalam bentuk digital yang lebih menarik untuk semua peringkat termasuk pra-sekolah," katanya yang menerima geran penyelidikan seperti Dana Pembudayaan Penyelidikan (RAGS), Geran Pembangunan Pelajar (HEPA) dan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk menghasilkan kajian tersebut.

Dr. Mardzelah berkata, pengaplikasian hisbah juga adalah intervensi mendidik kecerdasan rohani dalam potensi insaniah yang melibatkan perjanjian hati, pemerhatian tingkah laku, perhitungan amalan, peneguhan rohani, penentangan nafsu dan penyesalan jiwa yang boleh diamalkan oleh semua golongan sama ada untuk konsisten iman, mengatasi kemurungan jiwa dan peningkatan motivasi hidup kerana Allah.

Menurutnya, kesepaduan dan keseimbangan potensi insaniah dalam hisbah berfungsi untuk menganalisis diri dan memperbaiki kelemahan diri ke arah kecemerlangan hakiki iaitu kejayaan di dunia dan akhirat.

Katanya lagi, jurnal Hisbah Refleksi al-Nafs berupaya membentuk kawalan diri dengan kepatuhan 'al-amr bi al-maruf wa al-nahy 'an al-munkar' dalam memastikan pemikiran dan tingkah laku menjadi tabiat yang sukakan kebaikan dan benci kepada kemungkaran.

"Ini sejajar dengan matlamat utama kajian hisbah sebagai intervensi dakwah dalam mendidik jiwa mutmainnah yang mempunyai kesedaran tentang kesan daripada perbuatan baik dan buruk, berkeyakinan terhadap nilai murni, mengamalkan perbuatan yang baik, menghindari perlakuan yang buruk, menghayati nilai mulia ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat sehingga membentuk amalan yang sebati dalam mempengaruhi sikap, adab dan akhlak Islamiyyah dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Allah," ujarnya.

Event Calendar

Online Services


stafmail1myuum1searchpeople1servicedesk1

onlinepayment1mybox1mylab1umis1

learningzone1onlineiso1onlinestatistic1webopac1

Information for...


infostaffinfostudentinfovisitor

Locate Us

          map

Get In Touch

2015 annual civil icon

 Innovation & Commercialization Centre,
 Universiti Utara Malaysia,
 06010 Sintok, Kedah, Malaysia.

phone icon  +(6)04-928 8751
fax icon  +(6)04-928 8752
email  inovasi@uum.edu.my