• bannerICC2




  • bannersocial
  • bannerbusiness




  • bannereducation




  • banneradmin




SIGGC Asah Bakat Kreatif Pelajar - Pembelajaran Berteraskan Games

 

siggc news

UUM ONLINE:Sintok International Games and Gamification Challenge (SIGGC) 2017yang pertama kali diadakan mencungkil bakat kreatif para pelajar, warga akademik dan masyarakat.

"Kanak-kanak perlu games untuk meningkatkan daya fikir, ini terbukti apabila kajian mendapati pelajar yang belajar melalui kaedah gamifikasi menunjukkan minat, aktif, sekali gus meningkatkan produktiviti, motivasi dan pencapaian pelajar.

"Pembelajaran berteraskan games dengan pelbagai aplikasi menjadikan pelajar lebih seronok dan memahami subjek dengan lebih mudah, ada bahan yang membuatkan mereka teruja untuk bersaing," ucap Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Huda Ibrahim di Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pagi tadi.

Jelasnya, permainan dan gamifikasi mula menjadi alat yang penting untuk menyampaikan ilmu serta menjadikan proses pembelajaran lebih menarik dan  interaktif.

"Pasaran dan permintaan untuk menghasilkan perisian gamifikasi sangat tinggi dan harus diberi perhatian kerana bidang ini menjana pendapatan lumayan.

"Kita perlu merangka satu inisiatif untuk mereka yang berkebolehan membangunkan permainan dan gamifikasi secara kreatif dan inovatif serta menerapkan nilai dan budaya tempatan untuk pembelajaran yang berkesan.

"SIGGC juga membantu UUM menghasilkan produk inovasi berdasarkan permintaan industri dalam bidang permainan, gamifikasi dan kandungan digital," katanya ketika merasmikan majlis.

Tambahnya, program ini dapat mengenal pasti hasil penyelidikan atau produk yang boleh diketengahkan untuk pengkomersilan dalam atau luar negara, membudayakan pemikiran kreatif sebagai pendekatan fleksibel dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta keusahawanan dalam kalangan masyarakat.

"Keluar universiti pelajar boleh hasilkan produk sendiri misalnya BoBoiBoy, Upin & Ipin, Didi & Friends terhasil daripada mereka yang minat bermain games, kemudian mereka membawa minat tersebut untuk jadi usahawan berjaya," luahnya.

Manakala Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), Prof. Madya Dr Razamin Ramli berkata, SIGGC sebagai inisiatif awal mewujudkan platform bagi mengangkat bakat kreatif pelajar dalam program berbentuk pertandingan inovasi yang bertumpu kepada aplikasi digital dan kandungan kreatif.

"Kita menyasarkan semuda-muda pelajar sekolah rendah sehingga IPT untuk membina kemahiran seterusnya melangkah ke peringkat lebih tinggi , menjana digital economy, industri kreatif selain menyokong agenda STEM iaitu Science, Technology, Engineering and Math," kongsinya.

Ujarnya, program sehari itu bertindak sebagai medan untuk bertukar-tukar idea, pengalaman dan hasil inovasi dalam aspek yang berkaitan dengan permainan dan gamifikasi.

SIGGC merupakan anjuran ICC dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML) serta Uniutama Solution Sdn. Bhd. (USSB).

 

Event Calendar

Online Services


stafmail1myuum1searchpeople1servicedesk1

onlinepayment1mybox1mylab1umis1

learningzone1onlineiso1onlinestatistic1webopac1

Information for...


infostaffinfostudentinfovisitor

Locate Us

          map

Get In Touch

2015 annual civil icon

 Innovation & Commercialization Centre,
 Universiti Utara Malaysia,
 06010 Sintok, Kedah, Malaysia.

phone icon  +(6)04-928 8751
fax icon  +(6)04-928 8752
email  inovasi@uum.edu.my